BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 29 Oktober 2011

7 jenis cinta

1. CINTA PERTAMA 
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, 
pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama 
tetap segar..first love never dies..yang pertama belum 
tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg 
terbaik.. 

2. CINTA PEMBIMBING 
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar 
wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan 
yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan 
yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita 
jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat 
@ diri kita. 

3. CINTA MENGGODA 
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah 
ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap 
akan kembali kepadanya. 

4. CINTA BERBEZA STATUS 
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak 
aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu 
jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak 
merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang 
kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon 
dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la… 

5. CINTA 3 SEGI 
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg 
dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main 
cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ 
itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup 
sukar ditepis. 

6. CINTA SI PENYELAMAT 
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap 
waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita 
ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, 
berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive! 

7. CINTA DAN USAHA 
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk 
dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha 
kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk 
mendapatkan cinta yg kita inginkan… 

Apa yg pasti…cinta yg Agung itulah yg kekal 
abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia 
tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi... sayang Tuhan 
janjiNya pasti..

5 jenis cinta

LIMA JENIS CINTA

Lima jenis cinta adalah seperti berikut:

PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.

KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.

Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:

“ Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”

Hadis sahih Bukhari (2443)

Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:

“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)

KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.

Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”

Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.

Nabi saw juga bersabda:

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”

Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.

KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah

Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”

Ayat 165 surah al-Baqarah

KELIMA: Cinta yang semula jadi.

Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”

Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”

Firman Allah swt:

"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."

Ayat 9 surah al-Munafiqun.